![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgy6Mmc9FBna3sP1LPFIvA-KAqrZRCKVemjLF2lnNfRVHB6QrcD2Nm_tl-98rbL74QGIs7ITvmhCreOXRw7aoFZYbjkjEawYcvCvyKCvoPKQYAifUC5ajKCtRNxlztxsRODI30QgCnMxfjj/s320/tari+lenggang.jpg)
Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Dari Melaka
Ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamat datang
Apa yang kurang dicaci jangan
Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Pukullah gendang
Hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari
Sayalah ini bang hoi datang merantau
Mengharap belas orang di sini
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Dari Melaka
Ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamat datang
Apa yang kurang dicaci jangan
Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Pukullah gendang
Hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari
Sayalah ini bang hoi datang merantau
Mengharap belas orang di sini
Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati bang hoi nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan...
Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati bang hoi nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan...
Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang
Ini adalah lirik lagu Tari Lenggang. Lagunya enak sekali~ "Joget Tari Lenggang" ditakrifkan sebagai sebuah lagu berirama tradisional Melayu yang didendangkan dengan rancak, diisi dengan lirik tulisan Dato' Jamil Sulong yang menampakkan ciri-ciri pengulangan dalam setiap rangkap, dan secara harfiahnya menceritakan seorang pedagang yang merantau dari Melaka ke negeri Pahang dengan membawa buah berangan yang dibeli di Johor, mengharapkan sambutan mesra dari para penduduk negeri Pahang, serta memuji kedamaian negeri Pahang yang dikunjunginya.
Pada tahun 1956, lagu rakyat tradisional ini telah digubah oleh Tan Sri P. Ramlee, khusus untuk filem Hang Tuah. Filem ini bintangi oleh P. Ramlee sendiri dengan memegang tokoh sebagai Hang Tuah. Lagu ini dimainkan di dalam adegan tari-menari dalam istana. Semenjak itu, lagu ini direkam kembali oleh banyak seniman tanahair.
Setelah diperdengarkan dalam filem Hang Tuah, P. Ramlee merekam kembali lagu ini bersama Saloma untuk keluaran piring hitam dengan tajuk "Joget Pahang".
Selain P. Ramlee, lagu ini turut direkam oleh banyak seniman dalam album masing-masing, termasuk Datuk Ahmad Jais, Siti Nurhaliza dan kumpulan Amuk (dalam bentuk heavy metal).
Mbak Sara,
ReplyDeleteSaya sangat suka presentasi anda kali ini!!! Lagu dan tarian ini membuat saya mengingatkan kembali sewaktu saya di universiti saya karena dulu kami juga belajar tarian ini dan menari bersama-sama dengan kawan sekelas serta kawan Melayu di sana. Memang menikmati suasana gembira apabila menari.
Sudah diketahui oleh umumnya bahwa bangsa Melayu suka dan pandai menyanyi dan menari. Pada pendapat saya, ini adalah budaya yang sungguh romantik sehingga mengurniakan rasa bahagia kepada orang Melayu. Namun, masyarakat China barangkali kurang tahu kepentingan bidang ini. Mungkin kebanyakan orang China hanya dapat dipuaskan dengan banyak duit. Tapi, saya tidak. Itulah juga sebab membuat saya terus mengaji tentang orang Melayu yang paling gembira dalam dunia ini. :)
Bagus,..Sara,..coba kau tulis tari Pendhet menurutmu!
ReplyDelete